Tuesday, 12 March 2013

Cara nak hilangkan jerawat

PETUA HINDARI JERAWAT


Katakan TIDAK kepada jerawat!!!!..Masa dulu2, aku pantang sangat nampak jerawat.. asal nampak je.. mesti rase cam nak picit.. kalau jerawat tumbuh kat dagu ke....kat tepi telinga ke..masih boleh terima lagi la... tapi kalau dia saja nak bersantai kat tengah2 hidung, kat pipi atau kat dahi yang luas ni..perghhhh!!! malunye la...especially bila jumpa orang.. mula la diorang duk pandang2...dah sah2 la diorang tengok jerawat dulu... kalau sekadar pandang saje takpe la..ini tak..kalau kena yang terlalu prihatin tu..siap tanye lagi...adoii... memang terkedu la mulut nak menjawab...huhuhuhu...haru...=(
So..bagi anda yang ada masalah jerawat tu..aku ade listkan beberapa petua yang aku ambil daripada beberapa website serta cara sendiri untuk menghindari jerawat..antaranya:
  • Kalau boleh..kurangkan la merokok..dan lebih baik kalau terus berhenti merokok...
  • Sapukan bedak sejuk yang dicampurkan bersama air gamat sebelum tidur. bukan minyak gamat tau.. nanti lain lak effectnye..huhu.. kalau tak pun..korang leh gak campur bedak sejuk ngan air biase.. fungsinye adalah untuk nak elak muka dari berminyak.. sebab seperti yang kita dah sedia maklum.. kalau muka berminyak..senang la nak naik jerawat.
  • Sapukan muka dengan air yang direndam dengan kerak nasi dan kemudian bilas ngan air bersih


  • Buah tomato selain elok untuk kulit,ia juga elok untuk mencegah jerawat. hanya perlu tumbuk dan ambil patinya dan lumur ke seluruh wajah..kemudian tungu selama 5 minit atau separa kering dan bilas dengan air bersih.
  • Rebus segenggam biji kani (manjakani) yang boleh dibeli di kedai . Masak dalam periuk tanah sehingga menggelegak pekat. Kemudian apabila sudah suam, sapukan pada muka anda dan tunggu sehingga kering. Bilas dengan air. Hasil yang dipeolehi bukan sahaja jerawat boleh hilang..tetapi kulit muka akan terasa tegang.
  • Asah kulit kayu manis dan campur dengan madu lebah dan sapukan sebelum tidur. Esoknya bilas dengan air.
  • Tumbuk beberapa helai daun sireh muda dan tampalkan kat muka korang yang berjerawat tu. Setelah kering, bilas dengan air dan amalkan 3 kali seminggu.
  • Kisarkan timun dan tapis airnya. Airnya boleh diminum untuk awet muda. untuk jerawat pula..korang perlu ambil hampasnya dan tampal kat muka. Biar selama 10-30 minit dan kemudian bilas dengan air.
Itulah antra petua yang aku leh share ngan korang dalam entry kali ni..InsyaAllah next time aku share lagi petua2 yang lain. selamat mencuba!  =)




2 comments:

  1. ni cam aku ni zaman muda dulu.. ratu petua.. tomato ngan timun ngan bedak sejuk semua aku dah buat.. kehkeh

    ReplyDelete
  2. efa....haa.. mmg bagus amalkan petua ni..patut le k nmpak awet mude jer...hehehehe...keep it up...=)

    ReplyDelete